Links

Thursday, August 8, 2019

Royal Floria Putrajaya 2019 di Taman Botani, Putrajaya, Malaysia

Jurufoto kredit pada amazing lady Fuzy Rahamah Hamid

Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan penganjuran Royal Floria Putrajaya 2019 di Majlis Pra-Pelancaran Royal Floria Putrajaya bertempat di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya pada 1 Ogos 2019. Charlotte berpeluang menghadiri upacara di tempat yang berasa 'back to the nature' penuh dengan bunga-bunga dan pohon-pohon yang cantik dan menyegarkan.

Jurufoto kredit pada beautiful mummy Ema Tunz

Majlis Pra-Pelancaran Royal Floria Putrajaya (RFP) 2019 disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Haji Saripuddin bin Haji Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, dan YBhg Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Presiden PPj.



Bertemakan "Mother Of All Gardens", festival pada tahun ini akan mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai bunga tema festival. RFP pada tahun ini yang memasuki edisi ke-11 penganjurannya akan diadakan di Taman Botani Putrajaya, Presint 1, Putrajaya, bermula pada 31 Ogos 2019 hingga 8 September 2019, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.


Matlamat utama RFP 2019 ialah untuk memperkukuhkan dan menjenamakan imej Putrajaya sebagai "Bandar raya Berbunga". Penganjuran festival ini merupakan inisiatif PPj mengembangkan sektor pelancongan serta membuka lebih banyak peluang perniagaan terutama dalam industri hortikultur dan florikultur.


Bertepatan dengan tema yang diketengahkan, RFP 2019 bakal mempamerkan 1 juta kuntum bunga-bungaan dari pelbagai spektrum warna termasuk lebih 500 variasi spesis orkid, lebih 100 koleksi bonsai, 79 pameran taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk.


Selain dari pameran landskap dan florikultur, para pengunjung juga berpeluang menyertai lebih 100 aktiviti harian berunsur edutainment, bengkel dan demonstrasi perkebunan, antaranya:-
  • FLORIA Fun Run
  • Aerobicthon bertemakan Glow In The Dark
  • Floral Fashion Show
  • Garden Talk
  • Gubahan Bunga
  • Masakan DiRaja
  • Persembahan Artis Jemputan
  • dan banyak lagi... 


Di samping itu, antara perkara menarik yang akan diadakan di festival adalah:-
  • Magical Gardens
  • The Magic of Bonsai & Suiseki Exhibition
  • Musical Garden
  • Tropical Magic in a Glass (Terrarium Exhibition)
  • Chrysanthemum Garden
  • Royal Garden
  • International Orchid Competition
  • Deginer Garden
  • Tea Party Garden
  • dan banyak lagi...







Terdapat 5 buah negara menyertai festival ini, iaitu Singapura, Thailand, Korea, Taiwan, Indonesia dan dianggarkan seramai 500 ribu pengunjung akan berkunjung di sepanjang 9 hari festival.







Harga Tiket

Bayaran tiket masuk ke RFP 2019 seperti berikut:-

Warganegara:- 
Dewasa ~ RM5
OKU / Warga Emas / Kanak-kanak ~ RM3

Warganegara Asing:-
Dewasa ~ RM10
OKU / Warga Emas / Kanak-kanak ~ RM6

Pembelian Tiket Secara Atas Talian ~ https://ticket.smart.putrajaya.my

atau melalui aplikasi Putrajaya Mobile.

Jamuan enak yang disediakan pada media dan blogger 



Penganjuran RFP 2019 turut mendapat sokongan daripada Kementerian Wilayah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Jabatan Landskap Negara.




Untuk pertanyaan lanjut, sila berhubung:-

Majlis Pra Pelancaran Floria DiRaja Putrajaya 2019

Encik Mohd Fairus Bin Mohd Padzil
Nombor Talian: +603 8887 7347 / +6019 3354 346

Puan Haniza Ayu Zakaria
Nomber Talian: +603 8887 7508 / +6019 2112 466

Maklumat lanjut mengenai RFP 2019, sila melayari platform media sosial di:-

Website: https://floriaputrajaya.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya/
Instagram: https://www.instagram.com/putrajayafloria/
Twitter: http://www.twitter.com/putrajayafloria

Nomber Talian Sekretariat: +603 8887 7043

1 comment:

  1. Banyak betul bunga yg cantik di sana. Rasanya seharian baru habis ronda semua kwsan taman bunga tu.

    what a lovely blog you have! so I decided to follow it.
    www.zukidin.com

    ReplyDelete