Saturday, July 13, 2019

Fantasi Jadi Realiti Dengan Coolblog Unicool


Coolblog dengan bangganya mengumumkan perisa baharu minuman yang diberi nama Unicool semasa pelancaran rasmi pada 20 Jun 2019, di MM Cineplex e@Curve, Mutiara Damansara, Selangor.


Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Coolblog, Cik Win Zakaria, hadir di panggung wayang MM Cineplex e@Curve semasa pelancaran rasmi untuk memperkenalkan minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Unicool. Majlis perasmian itu diadakan serentak dengan sesi acara amal meraikan anak-anak yatim dan dihadiri sama oleh wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), wakil pihak Malaysia Franchise Association, wakil dari pihak pengurusan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), pihak pengurusan dan francaisi Coolblog.


Berdasarkan inspirasi dari warna indah pelangi, fantasi, kisah dongeng barat dan haiwan penuh magis iaitu Unicorn, minuman terbaharu Coolblog Unicool didatangkan dalam 3 perisa, iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle, dijual pada harga RM7.50 bagi saiz 700ml.



Acara ini menandakan kempen kedua bagi suku tahun kedua Coolblog. Kempen sebelum ini yang memberi fokus kepada Oreo mandapat sambutan yang begitu menggalakkan, manakala kempen 'Hari Harimau' yang diperkenalkan pada suku tahun pertama (Januari - Mac) mencatat peratusan jualan tertinggi bagi kempen 2019.


"Apa yang menarik pada kempen Unicool kali ini adalah pada strategi kami untuk mempersembahkan kepada pelanggan dan penggemar minuman kami sesuatu yang berbeza. Kami sedar bahawa keputusan membeli pelanggan hari ini dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satunya adalah faktor intangible - pengalaman menikmati minuman Coolblog kami. Umum sedia maklum, harga yang kami tawarkan bagi setiap minuman kami adalah amat berbaloi dan jauh lebih rendah dari jenama yang lain, maka sebab itu strategi kami bagi siri Unicool ini adalah dengan menawarkan maximum customer's experience dalam setiap cawan Unicool kepada pelanggan." kata Cik Win Zakaria.


Dengan cogankata Fantasi Jadi Realiti, mesej utama kempen Unicool ini adalah untuk menyajikan kepada pelanggan satu siri minuman perisa baharu yang menepati citarasa terkini seiring dengan trend minuman di pasaran. Cetusan dari gabungan rasa keladi, strawberi dan manisan coral biru itu telah mula berada di pasaran seawal bulan Jun.


Promosi Unicool secara rasminya berlangsung mulai majlis perasmian itu dan menawarkan promosi menarik, iaitu dengan setiap pembelian minuman Coolblog berjumlah RM8 keatas di cawangan Coolblog terpilih, pelanggan layak mendapat baucer tunai Unicool bernilai RM2 bagi pembelian seterusnya. Bagi menyemarakkan kempen minuman baharu Unicool ini juga, suasana dekorasi cawangan Coolblog dihias indah dengan elemen fantasi, magis, pelangi dan Unicorn. Ini bertujuan mewujudkan satu pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan tatkala menikmati minuman Unicool oleh Coolblog.


"Di kesempatan ini, kami amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama meraikan anak-anak dari Rumah Perlindungan PERNIM yang menjadi tetamu cilik kehormat kami pada hari ini. Sebagai sebuah syarikat korporat kami sentiasa mencari peluang untuk berkongsi hasil kejayaan kami dengan mereka yang memerlukan baik dari sokongan kewangan atau beberapa bentuk kerja amal melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami yang lain." teruskan kata Cik Win Zakaria.




Cabaran #UnicoolUnicornMakeUp

Sempena kempen Unicool ini, CoolBlog menganjurkan cabaran solekkan wajah yang dinamakan #UnicornMakeUp di media sosial. Untuk mangambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Unicool Coolblog, seterusnya, log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram Coolblog, tonton video tutorial solekkan yang disediakan dan dengan mengambil inspirasi gaya solekkan tersebut, pelanggan harus mencipta solekkan tersendiri.


Pelanggan kemudian perlu memuat naik swafoto (selfie) mereka yang siap disolek dan ditatarias di akaun media sosial mereka dan tag Coolblog menggunakan @coolblogmalaysia beserta hashtag #UnicoolUnicornMakeup dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen mereka. Cabaran #UnicoolUnicornMakeup bermula dari 1 Julai 2019 dan berakhir pada 31 Ogos 2019. Tiga (3) pemenang bertuah akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 setiap seorang.


Suria X Coolblog Jam 2019

Coolblog juga buat kali ketiga, bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen Unicool dengan menganjurkan acara Suria X Coolblog Jam 2019 di dua lokasi di Lembah Klang dan satu lokasi di luar Kuala Lumpur. Orang ramai akan berpeluang untuk berhibur bersama Coolblog, Suria FM dan artis jemputan sepanjang bulan Jun sehingga Julai 2019.

Sebarang hebahan dan maklumat lanjut mengenai Suria X Coolblog Jam 2019 telah disiarkan di radio Suria FM dan di laman rasmi Suria FM iaitu suria.my dan juga di laman rasmi Coolblog.


Bersempena dengan pelancaran rasmi Unicool, Coolblog mengadakan program menonton filem Toy Story 4 di panggung wayang MM Cineplex e@Curve, Mutiara Damansara, Selangor.







Untuk maklumat lanjut sila melayari dan mengikuti Coolblog di platform media sosial dibawah:-