Sunday, September 15, 2019

RichWorks Membantu 10,000 Orang Yang Nak Ubah Hidup Sempena Merdeka 2019


Terima kasih banyak atas jemputan yang kedua untuk menghadiri program yang memang memotivasikan jiwa. Sekali lagi menceriakan hati, Charlotte berpeluang menyertai Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd pada 30 Ogos 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Kali ini Program Nak Ubah Hidup berlangsung 3 hari pada 30 Ogos 2019 hingga 1 September 2019 dan telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei and Singapura.

Pengasas RichWorks ~ Dr Azizan Osman

Seperti dengan keyakinan terhadap Dr Azizan Osman, suasana pagi Jumaat penuh dengan kehangatan semangat yang sungguh mengagumkan dari para peserta yang hadir. Charlotte turut berasa penuh dengan pemikiran segar dan positif. Persembahan dan perkongsian dari Dr Azizan Osman sungguh mengilhamkan Charlotte, Charlotte dapat meningkatkan pengetahuan untuk bermula bisnes dan berniaga, dengan mendengar perkongsian ilmu, nasihat, bimbingan dan galakan yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman.


Salah satu pernyataan yang berinspirasi dari Dr Azizan Osman yang Charlotte berasa penuh impak ialah:-

"Don't underestimate your mind, your mind determined your destiny!"

Charlotte berasa fikiran manusia memang powerful tetapi pada masa yang sama fikiran kita boleh menjadi lemah dan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor negatif. Apabila kita menghadapi keadaan yang sukar dan berhadapan dengan arah yang hilang serta tidak menentukan, adalah penting bagi kita jangan menyerah kalah atau berputus asa dengan mudah. Sebaliknya, kita harus mencari bantuan untuk mengubahkan kehidupan kita. Program Nak Ubah Hidup adalah program bimbingan yang sungguh hebat pada pendapat Charlotte bagi memulakan kehidupan baru yang bermakna untuk mencapai matlamat dan destinasi kita.


Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, Richworks memerhatikan bahawa semakin ramai orang memahami bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan, malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.


Akibatnya, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.


Melihat keadaan yang demikian, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan, beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain.


Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saai itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti, beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.


Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah mengalami dalam masa dahulu.


Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tetapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu.


Sambutan tersebut telah menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada di antaranya telah mampu membina jenama terkenal, antaranya ialah:-
  • Nurraysa
  • Bantal Hotel DAG
  • Eskayvie
  • Hasnuri
  • Sabella
  • Rempah Mak Siti
  • Noor Arfa Batik
  • Jamumall
  • Najib Asaddok
  • dan banyak lagi... 


Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC di Setia Alam, Selangor.


Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah.


Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang berhadir adalah dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.


Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Pihak RichWorks juga menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk RickWorks membantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.


Alhamdulilah, RichWorks telah berjaya menganjurkan program yang disifatkan oleh peserta sebagai ~ program konsert berpadat dengan ilmu yang memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir.


"Bila Next Program?"

Berasa mengujakan dan tertarik nak menyertaikan Program Nak Ubah Hidup yang seterusnya? Anda berpeluang mendapat tawaran eksklusif program tersebut dengan masukkan maklumat anda di laman web https://nakubahhidup.com/waiting/ 

1 comment: