Monday, October 14, 2019

MBH Medispa Pelancaran YES I SUKA MBH SALE serta Soft Launching Dermaklair Gentle Skin Bar

Charlotte bersama dengan beautiful sweet Eleena (left)
dan awesome lady-boss Yaya Mohammad (right)

Terima kasih atas jemputan yang menceriakan Charlotte's beauty journal, Charlotte berpeluang untuk menghadiri Pelancaran YES I SUKA MBH SALE pada 10 Oktober 2019, di MBH Medispa Subang Jaya, Selangor.


Memandangi hujung tahun yang berdekatan dan seperti yang dijangkakan, hujung tahun merupakan waktu yang dinanti-nantikan kerana sepanjang tempoh ini, banyak produk dan servis akan dijual pada harga yang rendah serta berbagai promosi yang menarik. Turut tidak ketinggalan, MBH Medispa, sebuah rangkaian pusat kecantikan kulit wajah, melancarkan sesuatu yang besar dan hebat sempena Year End Sale (YES) khusus untuk pelanggan yang suka menjaga kecantikan kulit wajah.



Sinonim dengan tarikh pelancaran jualan akhir tahun YES I SUKA MBH SALE, MBH mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan satu 'facial' terbaharu yang diberi nama MBH Therapeutic Face Massage dengan harga promosi RM10.10 sahaja daripada harga asal RM69.00.


Keistimewaan pada MBH Therapeutic Face Massage ialah facial ini menggunakan teknik urutan 'point pressure' di setiap titik-titik tertentu bagi melancarkan peredaran darah, memberi kesan 'relaks' dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Eleena mempersembahkan lagu terbaharu MBH bertajuk "I Pergi MBH"

Pelancaran YES I SUKA MBH SALE juga dihadiri oleh artis tanah air, Eleena Harris yang menjadi penyanyi utama lagu terbaharu MBH bertajuk "I PERGI MBH". Beliau juga merupakan antara artis yang sering datang ke MBH Medispa untuk membuat rawatan kulit wajah.


Turut bersama, pelanggan yang menjadi ahli MBH Privilage, bloggers, wartawan majalah, akhbar dan sosial media tempatan yang menghadiri pelancaran ini juga mengambil peluang yang baik ini untuk mengetahui perkhidmatan facial dan produk yang ditawarkan oleh MBH Medispa, supaya masing-masing boleh mengadakan kulit yang sihat dan berseri.


Di samping itu, satu contest juga dilancarkan dimana hadiah berupa baucar tunai RM10 untuk ditebus pada 26 Oktober 2019 akan diberikan kepada pelanggan yang menaik muat gambar dengan #ipergimbh. Tambahan itu, pelancaran lagu MBH juga dilengkapkan dengan #ipergimbh contest dimana pemenang bakal membawa pulang wang tunai sehingga RM1000!


Selain itu, kepada sesiapa yang ingin merawat masalah kedutan atau garis halus, parut jerawat dan kulit kering boleh mencuba rawatan kedua terbaharu daripada MBH ~ MBH Vampire Dragon's Blood Anti Scar. Rawatan facial ini menggunakan serum dari pokok naga berdarah. Berdasarkan pada kajian, bahan rawatan unik ini terhasil daripada pokok naga dari pulau Socotra di Timur Tanduk, Africa yang bertindak sebagai kolagen merawat tisu kulit yang telah rosak.


Merujuk kepada rawatan-rawatan yang dilancarkan oleh MBH, MBH menggunakan bahan rawatan dan produk yang semulajadi dan berkualiti daripada Dermaklair, seiring dengan servis 5-bintang dari pakar terapi. Dengan bangganya MBH mendapat keyakinan dan beribu testimoni daripada pelanggan dan diiktiraf sebagai Top Brand Excellence Service Asia Pacific 2017-2019 serta Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018. (rujukan: http://www.mbhmedispa.com/about-us-2/)


"Pelancaran ini adalah bertujuan menghebahkan kepada seluruh warga setempat khususnya untuk pergi ke MBH dan mendapatkan promosi termurah YES I SUKA MBH SALE!. Jaminannya, tidak merugikan kerana MBH bakal membantu semua untuk tampak cantik 24-7," kata Shida Mohammad, Pengarah Pemasaran MBH.

Eleena Harris sedang diwawancara oleh pihak media

"Setiap kali promosi, pasti akan ada maklumbalas menyedihkan dari pelanggan MBH akibat terlepas promosi MBH. Oleh itu, hebahan secara holistik perlu supaya kali ini tidak ada yang terlepas untuk meraih promosi terhebat ini," tambahan Shida Mohammad.


Untuk maklumat lanjut sila layari: https://promotions.mbhmedispa.com/yes-i-suka-mbh-sale/



Sempena dengan pelancaran YES I SUKA MBH SALE, MBH Medispa juga mengadakan Soft Lauching untuk Dermaklair Gentle Skin Bar, produk yang terbaharu keluaran dari rangkaian Dermaklair.


Dermaklair Gentle Skin Bar ialah pembersih wajah versi sabun pepejal, dan diformulasikan khas untuk jenis kulit normal dan kulit kering bersesuaian dengan bahan aktif yang digunakan.


Keistimewaan pada Dermaklair Gentle Skin Bar ialah terdapat fungsi 3-dalam-1:-
  1. Anti Penuaan ~ Anti Aging
  2. Melembapkan ~ Moisturizing
  3. Mencerahkan ~ Whitening


Dermaklair telah lebih 5 tahun menjadi pembekal utama bahan rawatan bagi MBH Medispa. Setakat ini, Dermaklair telah memiliki lebih daripada 30 jenis produk yang menyeluruh untuk penjagaan kulit wajah, rambut dan badan.

Pengasas MBH dan juga Dermaklair, Yaya Mohammad memberi ucapan semasa pelancaran di MBH Medispa Subang Jaya, Selangor

"Misi utamanya untuk keluaran produk terbaru ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi oleh masyarakat sekaligus memperkenalkan jenama Dermaklair keluaran bumiputera," kata Yaya Mohammad, Pengasas Dermaklair.


Sehubungan dengan itu, sempena pelancaran Dermaklair Gentle Skin Bar, Dermaklair mengadakan promosi memberi tuala muka secara percuma khas untuk 50 pelanggan terawal yang membuat pembelian Dermaklair Gentle Skin Bar melalui laman sesawang www.dermaklair.com


MBH Medispa 

No comments:

Post a Comment