Saturday, October 26, 2019

Vits Noodle ~ Vits Turun Padang Sebagai Tanda Terima Kasih


Makanan mee telah menjadi makanan sebahagian daripada hidup Charlotte, mungkin kerana kebanyakan orang Asia suka makanan mee sebagai 'comfort food', Charlotte turut berasa sama. Terdapat banyak jenis jenama kegemaran Charlotte di Malaysia, salah satu daripadanya ialah Vit's Noodle.


Baru-baru ini Vit Makanan Kuala Lumpur telah melancarkan Program CSR: Vit's Dekat Di Hati di Pusat Transit Gelandang Jalan Pahang pada 4 Oktober 2019. Program ini adalah CSR pertama yang dianjurkan dengan objektif utama untuk mendekatkan lagi dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan.


Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang merupakan sebuah lokasi yang telah dibangunkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan. Pusat Transt Gelandangan Kuala Lumpur dikhaskan untuk penghuni lelaki dan boleh menampung sehingga 250 penghuni pada satu masa. Pusat Transit Gelandangan ini dikelola oleh En. Baharin dan diselia oleh En. Izzul Haziq, Pengarah Zon Tengah, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Pusat transit ini menyediakan tempat penginapan, kaunseling, bilik sakit, tempat untuk menyimpan barang peribadi dan unit bilik mandi.


Pembabitan Vits

Menerusi inisiatif ini, Vit's (Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd) sebuah jenama mee segera Malaysia serta merupakan pengilang Mee Segera Halal, Mee Ramen Halal, Mee Udon Halal telah mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sumbangan kepada penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan menyediakan makanan dan sedikit sumbangan (produk Vit's) untuk meringankan beban mereka.


Pengarah Pembangunan Perniagaan Vit's, Encik Lai Yaeh Tat telah menyampaikan sumbangan kepada setiap penghuni di sini. Walaupun sumbangan ini adalah kecil tetapi ianya diharapkan dapat memberi sinar baru kepada penghuni di sini dan agar mereka terus merasakan bahawa masih ada insan yang prihatin kepada mereka.

"Alhamdulilah dengan bantuan ini, kami harap agar dapat diteruskan agar mampu memberi semangat kepada kami dan penghuni di Pusat Transit ini," ulas En. Izzul Haziq selaku Pengarah Zon Tengah, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.


Inisiatif "Vit's Dekat Di Hati" merupakan tanda terima kasih Vits kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah bersama-sama menyokong produk Vit's di sepanjang 45 tahun semenjak penubuhannya. Produk Vit's yang mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lepas ini telah dipelopori oleh generasi kedua. Semenjak tahun 1975, Vit's telah banyak membantu pelbagai lapisan keluarga terutama yang mempunyai ahli keluarga yang besar dengan menyediakan sajian mee kering yang sihat, mudah disediakan and mampu milih serendah RM0.50 sekeping.


"Kami berharap agar Vit's dapat membantu lebih ramai lagi keluarga dengan menyajikan menu makanan yang berkhasiat dan dapat menerajui industri makanan Malaysia dengan lebih maju dan terus menjadi pelopor jenama mee segera di Malaysia," jelas Encik Lai Yaeh Tat.


Produk dan Perisa Baru Vit's 

Produk Baru:
Vit's Bihun Segera (Assorted)

Perisa:
(i) Perisa Ketam
(ii) Perisa Sayuran

Pembungkusan:
(i) Cup size: 55gm ~ RM3.50
(ii) Pek size: 5 peks x 55gm ~ RM7.00

Maklumat Produk:
(i) 100% diperbuat daripada beras
(ii) Tiada bahan pengawet ditambah
(iii) Bukan goreng
(iv) Dengan Halal yang diluluskan
(v) Bebas gluten


Online store yang terdapat Vit's produk:
(i) Shopee
(ii) Lazada
(iii) Lelong.my
(iv) Pgmall
(v) Superbuy

Offline store yang terdapat Vit's produk:
(i) Giant Hypermarket Chain
(ii) Hero Market Chain
(iii) Pasaraya CS Chain
(iv) TF Valuemart Chain
(v) Checkers


Untuk sebarang infomasi serta maklumat mengenai Vit's, sila melayari:-


Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd
Lot 126, Jalan Taman Industri Integrasi Rawang 1/2
Taman Industri Integrasi Rawang
48000 Rawang
Selangor
Malaysia

Tet: +603-6093 3999
Fax: +603-6093 3888

1 comment: