Thursday, May 9, 2019

Richworks Melancarkan Program Baru Untuk Membantu 10,000 Orang Ubah Hidup Sempena Merdeka 2019


Terima kasih atas jemputan yang menceriakan hati, minggu lepas Charlotte berpeluang untuk menyertai Program 10X Grow Your Business yang disampaikan oleh Mentor Usahawan yang terkenal ~ Dr Azizan Osman di Menara PGRM, Cheras.



Dr Azizan Osman, pengasas RichWorks serta Mentor Usahawan, percaya kepada peluang dan kemampuan perniagaan untuk berkembang 10 kali ganda dalam tempoh yang lebih singkat, dengan lebih mudah dan lebih baik SEKIRANYA, peniaga sanggup dibimbing dan bertindak dengan ilmu yang telah terbukti membantu ramai bisnes dari biasa-biasa menjadi jenama terkenal di dalam negara sekarang, antaranya ialah:-
  • Nurraysa
  • Bantal Hotel DAG
  • Noor Arfa Batik
  • Eskayvie
  • Andalusia Travel & Tours
  • Sabella
  • Milagro
  • King's Char Kuey Tiaw
  • Najib Asaddok
  • Faith Fleur
  • Jamumall.com
  • Rempah Mak Siti


Sebagai Master Coach RichWorks, Dr Azizan Osman telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan and banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.


Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Dr Azizan Osman menerusi RichWorks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.


Suasana pagi Sabtu itu sungguh ceria dan penuh dengan semangat motivasi dari para peserta yang hadir, Charlotte pun turut bersemangat positif dan segar fikiran. Sungguh terinspirasi oleh persembahan and perkongsian dari Dr Azizan Osman, Charlotte turut dapat menambahkan pengetahuan untuk bermula bisnes dan berniaga, mendengar perkongsian ilmu, tips, nasihat, bimbingan dan galakan yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman, di samping itu bertambah dengan mendengar sesetengah penceritaan dari para peserta yang hadir.


Program NAK UBAH HIDUP 2019

RichWorks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 - KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos 2019 hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC).


Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari kehidupan yang biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.



Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah untuk berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan kehidupan mereka.


Walau bagaimanapun, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati kehidupan yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah kehidupan mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.


RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu yang membolehkan mereka Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.


RichWorks yakin, Program Nak Ubah Hidup yang akan disasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi RichWorks untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh membantu Ubah Hidup mereka dari Zero ke Jutawan dengan berniaga.


"Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini."


Dr Azizan Osman berkata, beliau sebagai individu mungkin tidah mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.


"Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah."


"Selain dari itu, jika sebelum ini RichWorks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa." kata Dr Azizan Osman.





Untuk maklumat lanjut, sila melayari: www.nakubahhidup.com


RichWorks International Sdn Bhd

Website: www.richworks.com 
YouTube: Azizan Osman

Email: inquiries@richworks.com.my 

RichWorks Hotline: 1300-88-2424














1 comment:

  1. I love what you're doing to make this blog informational, this blog is help me alot to know more about thing that I didn't know before.
    to make you keep productive for looking many content to publish here, don't forget to check up your teeth gradually, dont let toothache attack you!

    ReplyDelete