Terima kasih atas jemputan yang menceriakan shopping soul, kali ini Charlotte berpeluang untuk menghadiri Meet & Greet Bersama Duta Raya Jakel 2019 yang beradakan di Wisma Jakel Shah Alam pada 5 Mei 2019.
Ini merupakan destinasi ke-dua untuk Jakel Barulah Raya pada tahun ini yang berlangsung di Wisma Jakel Shah Alam. Jakel Trading Sdn Bhd menampilkan sekali lagi selebriti Duta Raya Jakel kepada pengunjung di Shah Alam untuk mempromosikan koleksi pakaian raya.
Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan Duta Raya Jakel 2019 ~ Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat dan Upin Ipin. Turut bersama juga adalah wajah baru tahun in ialah Abam Bocey.
Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel ~ Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.
Memang handsomenya Dato Aaron Aziz..
Berharap tahun hadapan Charlotte akan berpeluang lagi untuk menghadiri acara yang sama
dan berpeluang untuk "selfie" dengan Dato Aaron Aziz :)
|
Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sesi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dalam sesi lelongan jualan, setiap Duta Raya Jakel mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh yang menarik untuk pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari itu dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 100 pelanggan yang membeli baju melayu bernilai RM150.
Jakel sentiasa memainkan peranan penting untuk memastikan kepuasan pelanggan terjaga. Sebagai sebuah pusat tekstil utama tanah air, Jakel juga adalah pengimport secara sendirinya bagi kemasukan fabrik tanpa melalui orang tengah yang membolehkan pelanggan dapat membeli fabrik dan pakaian pada kadar harga yang cukup murah dan berpatutan. Jakel juga menjangkakan koleksi edisi kali ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh Jakel.
Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh designer in-house Jakel sendiri. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.
Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai perkara ini, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.
Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti terserlah.
Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai "sense of belonging" apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel sentiasa menambah baik perkhidmatan untuk pelanggan.
Lelong Besar-Besaran Sehingga Malam Raya
Sempena menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Jakel juga mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan Hari Raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.
Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu, Jakel ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat lain.
Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM99 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk.
Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM100 sepasang. Seperti tahun lepas, tahun ini Jakel turut juga mengeluarkan kanak-kanak berjenama Lara Alana serta Yusof Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM39.
Koleksi Baju Melayu Duta Raya Jakel
Sebahagian daripada Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz |
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz
Koleksi ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.
Sebahagian daripada Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad |
Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad
Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.
Sebahagian daripada Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari |
Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari
Untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.
Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen
Menjadi kelainan pada tahun ini, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi ini diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat.
Baju Melayu "Plus Size"
Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk Baju Melayu "Plus Size" untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi Baju Melayu yang bergaya dan selesa.
Baju Kurung Duta Raya Jakel
Sebahagian daripada Koleksi Scha Alyahya |
Pada tahun ini, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, moden dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.
Sebahagian daripada Koleksi Ayda Jebat |
Sebahagian daripada Koleksi Hanis Zalikha |
Koleksi baju kurung ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai. Selain itu, penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.
Koleksi Kurta
Koleksi Kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.
Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini.
Koleksi Kanak-kanak
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin. Pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaan pada setiap kempen yang dijalankan. Koleksi kanak-kanak yang menjadi kesukaan ramai anak-anak kecil adalah Koleksi Lara Alana dan Koleksi Yusof Iskandar.
Sebahagian daripada Koleksi Lara Alana dan Koleksi Yusof Iskandar |
Berkonsepkan Kekeluargaan
Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Koleksi Schawalara melambangkan keluarga budak perempuan, manakala Koleksi Hairul Hanis Yusof melambangkan keluarga dengan kanak-kanak lelaki. Mewujudkan lagi suasana riang di Hari Raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.
Memperkenalkan ~ www.jakelstore.my
Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaian Jakel dihujung jari. Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini menjadikan mereka sukar untuk berkunjung ke Jakel secara fizikalnya. Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium yang membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel kini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian: www.jakelstore.my
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, sila layari www.jakel.my
Social Media Link:-
Jakel Facebook: https://www.facebook.com/jakeltextile/
Jakel Shah Alam Facebook: https://www.facebook.com/jakelshahalam/
Instagram: https://www.instagram.com/jakeltextile/
YouTube: Jakeltextile
Untuk pertanyaan sila hubungi:-
Bahagian Pengiklanan & Promosi (A&P)
Jakel Mall Kuala Lumpur
Tingkat 6, Jakel Mall Kuala Lumpur
Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: +603 2615 0777 (samb. 7163)
Nombor H/P: 017 359 5658
No comments:
Post a Comment